Saturday, 21 January 2012

Aku atau dia?

1.


"Ahh bestnyaaa!!!!" kata budak kecil yg bernama Dayana Batrisya sambil belari lari bermain layang layang bersama kawannya, Rayyan Adam.
"Wei! Terima kasih hadiahkan aku layang-layang ni.. Aku suka sangat!" kata Batrisya.
'Sama-sama. Ni aku beli masa aku pergi bercuti dekat Port Dickson haritu"
"Lepasni, setiap petang kita boleh main layang-layang ni wei!" kata batrisya sambil tersenyum.
'Dah! Jom sambung main.' kata rayyan sambil berlari lari bersama batrisya bermain layang-layang.

"Batrisya!!!! Bangun!! Solat subuh cepat!!!! Ish anak dara ni! Dah 19tahun pun tak reti nak bangun sendiri!" kata mak Kiah sambil mengetuk pintu bilik Batrisya. "Ye ibu, sya dah bangun ni, nanti sya keluar, kejap ye bu" jawab Batrisya. Sejam kemudian, Batrisya keluar dari bilik dan mencari ibunya di dapur. "Ibu!!! Sya dah bangun!' kata Batrisya sambil menghampiri ke arah ibunya. 'Haaaa! Kamu buat apa dalam bilik tadi? Solat tak tadi? Mandi dah?" Soal ibunya. "Ish ibu ni! Dah lah bu.. Sya mandi tadi, pastu sya siap siap, nak keluar kejap." kata Batrisya sambil tersenyum seperti kerang busuk. "Haaa keluar je yg kamu tahu, bukan nak tolong ibu buat kerja rumah ni semua, nak jumpa rayyan lah tu, mentang mentang buah hati dia balik harini" kata mak Kiah seakan menyindirnya. "Mana ada!! Ibu ni.... Eh! Sya dah lambat ni, nanti petang Sya balik ya bu! Assalamualaikum." Mak Kiah hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu.

"Assalamualaikum!!!!! Assalamualaikum!!!!" terjerit jerit Batrisya sambil memberi salam. 'Waalaikumsalam' satu suara menjawab salam Batrisya. Terbeliak biji mata Batrisya melihat makhluk yg berdiri di hadapannya itu. "Rayyan!!!!!!!!!!!!!!!!!" Jerit batrisya kegembiraan. "Lamanya kau pergi luar negara, takkan takde cuti? Ke harini baru nak balik?" sindir Batrisya. 'Pandailah kau, aku baru habis belajar dekat sana. Nak balik memang lah boleh, tapi duit takde lah wei, kan aku dah balik ni. Kau mesti rindu aku kan?' kata Rayyan sambil tersenyum. "Eiiii perasanlah kau ni! Aku datang ni pun saje je, bukan nk jumpa kau pun." kata Batrisya sambil menjeling Rayyan. "Assalamualaikum" kedengaran satu suara memberi salam. Kehadiran seorang wanita memakai tudung, berkulit putih berseri, memakai baju kurung menjadi tanda tanya kepada Batrisya.

"Er waalaikumsalam" jawab Batrisya yang masih lagi terkejut dengan kehadiran wanita itu. "Haaaa! Ni aku nak kenalkan, Marsya Masturina, comelkan dia?" kata Rayyan. "Dia ni siapa wei?" kata Batrisya sedikit cemburu. "Ni lah girlfriend aku, aku bawak dia nak jumpa mak aku, aku jumpa dia masa dekat universiti dulu. Aku tak dapat minah mat salleh lah." Kata Rayyan sambil tergelak gelak. Terkejut Batrisya mendengar penjelasan dari Rayyan. "Oh yeke, eh! Aku lupa pula, mak aku suruh beli barang dekat pasar! Aku pergi dulu eh! Bye! Assalamualaikum" kata Batrisya berlalu dari rumah Rayyan membawa basikalnya itu...

Sampainya Batrisya di pondok berdekatan dengan sawah padi, tempat dia dan Rayyan selalu bermain semasa kecil dahulu, secara tidak langsung kenangan 10 tahun lalu tiba di benak fikiran Batrisya.
"Wei! Kalau kau nak kahwin, kau nak kahwin dengan siapa nanti besar?"
'Erm, aku nak kahwin dengan kau! Aku nak beli kereta besar, rumah besar, nanti kita boleh duduk dalam rumah tu! Mak kau, mak aku, ayah kau, ayah aku, duduk satu rumah dengan kita!"
"Wah!!! Bestnya. Tak sabar nak jadi besar. Tapi kau kena janji dengan aku, kau kahwin dengan aku tau Rayyan?"
'Ye! Aku janji dengan kau, aku akan kahwin dengan kau nanti, kau jangan lah risau.

"Woi! Kau buat apa ni termenung sorang sorang?" kata Asyraf mengejutkan Batrisya dari belakang. Entah dari mana munculnya pun Batrisya tak pasti. "Eh kau ni! Terkejut aku, kalau aku kena serangan jantung tadi mcm mana? Ish" marah batrisya kepada Asyraf. "Alah kau ni, aku nak tegur je, yang kau layan perasaan mcm org putus cinta ni kenapa?" kata asyraf sambil gelak kepada Batrisya. "Sibuk ah kau, dah ah, aku nak balik, nanti bising pulak mak aku kat rumah tu, bye!" kata Batrisya sambil menaiki basikalnya hendak balik ke rumah. "Woi! Sabar ah! Aku tak habis cakap lagi!! Oii! Oiii!!!" jerit Asyraf kepada Batrisya yang telah pergi meninggalkannya keseorangan di pondok tersebut.



        "Ibu!!!! Sya dah balik!" jerit Batrisya seperti tidak ada apa apa yg berlaku. "Haaaa dah nak maghrib dah ni, baru reti nak balik, kamu tu anak dara, kang mat mat rempit semua tu culik kamu, baru kamu tahu" bebel Mak Kiah kepada Batrisya kerisauan. "Alah ibu ni, ni Dayana Batrisya lah bu! Taekwondo tali pinggang hitam ah bu, mana ada siapa berani nak sentuh bu." kata Batrisya sambil mendabik dadanya. "Haaa pandailah kamu. Haa tadi mcm mana? Hensem tak Rayyan sekarang? Dia ada cakap dia nak masuk meminang bila?" gurau Mak Kiah. "Eh ibu, sya dah busuk ni, Sya masuk dalam bilik mandi dulu ye bu! Nanti sya keluar makan lepas mengaji nanti" kata Batrisya menukar topik. "Eh, lain yang di tanya, lain yang dijawabnya, malu lah tu" kata mak Kiah sendirian sambil memotong sayur di dapur.
 "Ermmmmm, sedapnyaaa bau, ibu masak apa ni? Tak pernah pernah ibu masak sedap sedap mcm ni selama 19 tahun Sya hidup ni" sindir Batrisya kepada ibunya. "Amboi kamu, pandai lah kamu. Hari hari ibu masak sedap tau! Cuma harini ibu masak lagiii sedap!" jawab Mak Kiah. "Kenapa harini special pulak? Ada org nak datang eh bu?" tanya Batrisya kehairanan. "Haah, tetamu istimewa. Sya mesti suka dia" jawab ibunya pendek. "Siapa bu? Orang mana? Kenapa dia istimewa? Dia keluarga kita ke bu?" soal Batrisya kepada ibunya. "Ish kamu ni, tunggulah, nanti dia sampai lah tu" jawab Mak Kiah, malas hendak melayan kerenah anak kesayangannya itu. "
           
       Ponnn!! Ponnn!! "Oi mak kau terkejut jatuh aku" melatah Batrisya, terkejut kerana bunyi hon terlalu kuat. "Ya Allah, lemah jantung aku, siapa pula yang datang ni, aku dah lah tengah lapar, halamak. Ibu asyik dok tunggu tetamu lah apa lah." bebel batrisya seperti orang tua. "Assalamualaikum" satu suara meberi salam sambil mengetuk pintu. "Waalaikumsalam. Yeeee sabo sabo, jap nak bukak lah ni. Hish" jawab Batrisya kasar kerana kelaparan. Sesudah membuka pintu, mulut Batrisya terlopong besar melihat kelibat di depannya itu. "Ibu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit Batrisya yang sedang terkejut. "Ye! Ya Allah kamu ni, yang menjerit ni kenapa?" marah Mak Kiah. "Ibu!!! Sape ni bu? Kenapa muka dia sama dengan Sya bu? Ya Allah bu...." soal Batrisya yang masih lagi terkejut dengan kehadiran seseorang yang meyerupainya. "Haaa, ni lah tetamu istimewa tu! Kalau Sya nak tahu, ni lah kembar Sya. Dulu, ibu takde duit sangat, ibu serahkan dia kat kawan baik ibu, Mak Cik Hasnah. Nama dia Dayana Balqis. Sekarang, kamu dua dah besar, ibu pun dah tua, ibu taknak nanti, kalau ibu dah takde, kamu berdua tak kenal darah daging sendiri" jawab mak Kiah dengan tenang. "Betul ke ni bu....." batrisya seakan akan tidak percaya apa yg telah di katakan oleh ibunya itu. "Betul Batrisya, saya ni kakak awak!!" peluk Balqis kegembiraan kerana telah berjumpa dengan kembarnya yg sekian lama dipisahkan. "Ibu!!! Sya dah ada kakak bu!!!! Ya Allah, selama ni sya nak sangat kakak, sekarang Sya dah ada! Kembar pulak tu!" Jerit batrisya kegembiraan kerana telah menjumpai kakak kembarnya itu. Malam itu, mereka berdua tidak tidur, mereka berkongsi rahsia, cerita dari kecil sehingga remaja, dan macam macam lagi.




Seminggu telah berlalu, Batrisya langsung tidak pergi berjumpa dengan Rayyan. Mungkin dia cemburu melihat kemesraan Rayyan dengan teman wanitanya itu. "Ibu!! Surat tawaran yang haritu ibu cakap Sya dapat masuk Universiti tu, ibu simpan lagi tak bu?" tanya Batrisya manja. "Ye, ibu simpan lagi, kenapa? Sya dah ubah fkiran ke?" kata ibunya. "Haah lah bu, kakak kata, dia pun dapat masuk universiti tu, nanti kalau sya masuk, boleh kakak tolong tengokkan sya. Ibu bagi tak Sya masuk bu?" jawab Batrisya. "Ya, ibu kasi sya masuk, tapi kena janji dengan ibu, keputusan mesti elok, belajar rajin rajin, jangan lupa ibu dekat kampung nanti. Boleh janji?" tanya Mak Kiah. "Sya janji bu! Sya janji, sya belajar rajin rajin, sya beli kereta besar, rumah besar, semua untuk ibu dengan kakak dengan makcik Hasnah jugak." jawab Batrisya manja. Selepas beberapa minggu, Batrisya dan Balqis terpaksa balik ke Kuala Lumpur meninggalkan ibunya bersama mak cik Hasnah untuk menyambung pengajian mereka. Kedua dua mereka melanjutkan pengajian sebagai seorang arkitek dalam bidang Reka bentuk dan Seni bina kerana mereka berdua suka melukis. "Ibu, sya pergi dulu ye bu, nanti ada cuti, sya balik tengok ibu, sya janji bu..." kata batrisya sayu. "Ye, balik bila bila pun takpe, janganlah sedih, kata anak ibu ni kuat, tak kuat menangis, ni apa dah jadi ni?" gurau Mak Kiah kepada nak kesayangannya itu. "Ibu, qis pun balik dulu eh bu? Ibu jaga diri tau bu, ada apa apa nanti, ibu telefon kami ya bu! Nombor telefon, qis dah lekat kat dinding tempat telefon tu" giliran Balqis pula mengucapkan selamat tinggal. "Ya Balqis, kamu jaga adik kamu ni elok elok tau, dia ni degil ta, mengada ngada pun ada!" kata Mak Kiah sambil memicit hidung Batrisya. "Umi, qis balik KL dulu ye umi, nanti ada apa apa hal kat sana, qis telefon umi" kata Qistina kepada Mak Cik Hasnah yg telah menjaganya selama 19 tahun. "Qis jaga rumah umi tu elok elok ye! Kalau ada apa apa ke, bagitau je Pak Man kamu tu, nanti dia tolong lah apa apa" nasihat Makcik Hasnah kepada Balqis. "Baiklah umi. Ibu, kami berdua pergi dulu ye!" kata balqis kepada kedua dua maknya itu. "Jaga diri!!!" kata Balqis dan Batrisya serentak sambil memasuki kereta Pak Man, pemandu peribadi Mak Cik Hasnah. Bermulalah perjalanan pasangan kembar sebagai pelajar semester pertama di universiti......

_____________________________________________


2.


Hari pertama masuk Universiti, Batrisya lah yang paling teruja nak pergi universiti pagi tu. "Kakak!!! Cepatlah kak! Akak ni lambat ah. Sya dah siap dah lama dah tau. Siap makan 5 keping roti dah. Akak ni lambat ah" rungut Batrisya kepada kakaknya yang baru sahaja turun ke dapur untuk bersarapan. "Ya Allah sya ni, cuba sabar sikit, baru pukul berapa ni, ish, kelam kabut lah dia ni" bebel Balqis kepada Batrisya. "Alaa kakak tu yg bangun lewat, tengok ah, sya bagtahu ibu!!!" kata Batrisya yg merajuk kerana dibebel oleh kakaknya itu. "Dahh dah, ya Allah kamu berda ni, tak habis habis! Balqis, makan cepat, Pak Man dah tunggu dekat luar tu haaa" kata Kak Nina, orang gaji yang telah dianggap seperti kakak olah Balqis dan Batrisya. Batrisya hanya tersenyum sinis sambil menjelir lidah kepada kakaknya kerana dia beranggapan Kak Nina menyebelahi dia. "Tunggu lah Sya nanti!!!!" kata Balqis sambil mencubit peha Batrisya. "Wekk! Sya menang! Tak sakit pun akak cubit" kata Batrisya mengusik kakak kesayangannya itu. Kak Nina hanya tersenyum melihat gelagat kedua dua beradik itu. 


"Wahhhhhhhhh, cantiknya universiti ni akak!!!" kata Batrisya. Balqis hanya tersenyum melihat gelagat adiknya itu. Keluar sahaja mereka dari kereta, mereka mencari tempat pendaftaran. "Tu kak!!!!" jerit Batrisya sebaik sahaja melihat tempat pendaftaran tersebut sambil menarik tangan kakaknya. "Ya Allah Sya ni, kasar betullah, orang tengok tau, janganlah asyik nak jerit je" marah Balqis. "Yelah, sya tak jerit dah...." kata Batrisya, merajuk dengan kakaknya. Selesai pendaftaran, mereka dikehendaki masuk ke dalam kelas. Sedang mereka berjalan hendak memasuki ke dalam kelas, secara tidak sengaja, Batrisya ternampak seseorang yang dikenalinya. "Ya Allah kak" kata Batrisya sambil menyorok di belakang kakaknya itu. "Kenapa ni?" tanya Balqis kehairanan. "Tu haaaa, tu!!!" kata Batrisya sambil memuncungkan mulut ke arah salah seorang pensyarah di situ. "Ape!?!?!?" balqis yang bengang dengan perangai adiknya itu. "Tu!!! Tu lah Rayyan Adam yang sya cerita haritu kat akak tu!! Yang dia dah ada girlfriend yang akak kata akak nak belasah dia sebab dia tinggalkan sya tu" jelas Batrisya kepada kakaknya itu. "Yang tu ke? Yang pakai kot tu? Yang hensem tu? Yang tengah sembang dgn pegawai pendaftaran tu? Yang tu?" soal Balqis kpada Batrisya. Batrisya hanya mengangguk mengiakan. "Kak dia datang sini!!" kata Batrisya sambil menyorok di belakang dinding. "Woi budak, kau masuk sini ke? Asal kau tak bagitahu aku? Boleh ah kita makan tengahari sama sama hari hari." kata Rayyan kepada Balqis kerana dia beranggapan orang dihadapannya itu ialah Batrisya. "Ahh, ahhh encik salah orang......" kata Balqis tergagap-gagap. "Eleh kau, dah ada depan mata aku pun nak buat buat tak kenal aku pulak, lawak betul lah kau ni" kata Rayyan sambil menepuk bahu Balqis. "Ya Allah, betul cik, yang sebenarnya....." "uhuk uhuk" batrisya sengaja buat buat batuk untuk mengelakkan kakaknya memberitahu cerita sebenar. "Eh, siapa tu?" tanya Rayyan kehairanan. "Eh eh, takde sape, saya yang batuk tadi, uhuk uhuk" Balqis cuba meyakinkan Rayyan yang tiada siapa dia belakang dinding tersebut supaya rahsia mereka tidak terbongkar. "Haaa ok lah, aku pergi dulu, jumpa kau pukul2 nanti dekat cafeteria tau! Aku tunggu! Bye." kata Rayyan lalu beredar dari situ. 


"Kak... Tolonglah kak...... Sya tak sedia lagi nak jumpa dia. Akak ganti lah tempat sya.. Tolonglah kak... Tolonglahhhhhhhhhhhh." rayu Batrisya kepada kakaknya. "Akak cakap taknak, taknak lah. Tu masalah sya, dia nak jumpa sya, bukan akak. Lagipun kalau sya tipu dia, lama lama dia akan tahu juga lah sya." kata Balqis memujuk adiknya supaya berjumpa dengan Rayyan. "Taknak lah akak! Sya taknak, taknak lah. Sya minta tolong sikit je kan kak!!! Akak taknak tolong sudah ah" rajuk batrisya. "Yelah, aku tolong, tapi kali ni je tau!" pujuk Balqis. "Yayyy sayang akak! Terima kasih akak, sya janji, kali ni je!!!" kata Batrisya manja. Petang itu, Batrisya tunggu di dalam kelas untuk mengelakkan diri dari terserempak dengan Rayyan. Petang itu pukul 2, Balqis sudah menunngu Rayyan di kafeteria...





"Wei sorry aku lambat, budak budak asyik tanya soalan kat aku je, penat aku layan" rayyan yang baru sampai mengejutkan Balqis dari belakang. "Oh takpe, saya pun baru sampai" kata Balqis lembut. "Bila masa kau guna saya awak ni!?!?" gelak Rayyan kepada Balqis kerana beranggapan org dihadapannya itu ialah Batrisya. "Eh silap, lama tak jumpa kau, rasa awkward ah, kau apa khabar?" kata Balqis. "Lama tak jumpa? Kau ni kenapa? Baru 4 minggu kita tak jumpa, kau tak ingat ke? Aku balik kampung 4 minggu lalu, kau datang rumah aku, kau tak ingat ke? Kau okay ke tak?" tanya Rayyan berkali-kali, pelik dgn perangai org dihadapannya itu. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. "Eh eh, sorry. Aku lupa banyak benda, banyak benda aku nak fikirkan sekarang, nak cari duit lagi, nak bayar untuk pengajian semua, aku taktahu lah nak buat apa, nak minta duit dekat mak aku, mak aku bukan ada duit sangat pun" jawab Balqis. "Kau tgh cari duit? Apa kata, kau kerja dekat rumah aku, kau kemas rumah aku, aku ada beli rumah dekat sini, kau boleh duduk dekat rumah aku, aku tak kisah. Lagi pun org gaji pun ada, kau boleh kawan dgn dia. Aku akan bayar gaji kau bula bulan" Rayyan memberi pendapat. "Eh takpe ah, susah kau je, takpe takpe" balqis menolak tawaran Rayyan. "Eh jom lah, please? Tolong aku kemaskan rumah tu, kalau kau taknak kerja sebagai orang gaji, tolong aku sebagai kawan, boleh?" pujuk Rayyan. "Hm, okay, nanti aku tanya adik aku dulu" Balqis tersilap kata. "Adik kau?" soal Rayyan pelik. "Eh silap silap, aku fikirkan dulu nanti, aku pergi dulu eh! Aku nak gi tengok sekitar universiti dengan kawan aku jap, bye!" kata balqis sambil berlalu dari situ. Takut nanti terlepas cakap lagi.


"Fuhhhhhhhhh sya. Nasib baik tak kantoi tadi. Ya Allah. Akak banyak terlepas cakap tau tadi. Nasib baik dia tak syak." kata Balqis yang sedang tercungap-cungap kerana lari dari Rayyan tadi. "Shhh akak, ni perpustakaan lah, ish. Mcm mana tadi? Ok? Hensem kan dia kak?" kata Batrisya sambil gelak melihat keadaan kakanya yang penat itu. "Haah, hensem dik!! Akak nak boleh?" gurau Balqis kepada adiknya. Batrisya sudah berubah wajah. "Akak gurau lah sya. Ish! Cemburu lah tu." kata Balqis sambil menepuk bahu adiknya itu. "Mana ada, sya tak cakap apa pun" kata Batrisya sambil menyambung membaca novel yang diambilnya dari rak buku. "Eh sya, rayyan suruh tolong dia kemas rumah baru dia, dia minta tolong sangat sebagai kawan, sya pergi eh nanti? Kesian dia." kata balqis sambil mencari buku di perpustakaan tesebut. "Ah? Akak cakap apa?" soal Batrisya terkejut. "Akak tak cakap apa, akak cakap nanti akak fikir dulu" jawab Balqis. "Tah, sya pun taktahu lagi, nanti lah fikir" jawab Batrisya.


_____________________________________


3.



"Woi pendek, bukak plastik dulu lah, lembab"
'Woi mulut tu agak agak sikit, mentang kau tinggi 8cm je dari aku, nak berlagak konon kau tinggi, mana awek kau tu? Asal tak suruh dia tolong? Asal suruh aku?'
"Ye ah, nanti dia buat kerja kerja berat ni, kesian lak dia, tu aku minta tolong kau, hehehe"
'Banyaklah kau kerja berat, hekeleh, manja sangat kat awek kau tu, boh penampar karang, tak saje'
"Ek eleh kau, tetibe nak main tampar awek aku pahal. Diam lah, buat kerja tu, dasar pendek, mulut bising"
'Kau nak aku tolong taknak!?! Kalau tak aku balik!'
"Eh, jangan ah merajuk, kau ni, aku gurau je lah sayang"
'Eiiiiiiiiii geli tau tak, diam lah' kata Batrisya sambil membuat kerja kerja yang disuruh oleh Rayyan. Sedang Batrisya sibuk membuat kerja kerja di dalam bilik tidur, tiba tiba kedengaran satu suara mengejutkan Batrisya di ruang tamu. "Abang!!!! Marsya bawak makanan untuk abang!!!!" kata Marsya sambil menunjukkan makanan tersebut kepada Rayyan. "Eii, baru couple, dah nak panggil abang, gedik" kata Batrisya, curi curi menjenguk dari bilik tidur. Selepas beberapa jam mengemas rumah, Batrisya hendak pulang ke rumah kerana terlalu penat. "Wei, aku balik dulu, penat ah. Aku nak pergi beli buku lagi ni" kata Batrisya kepada Rayyan yang sedang sibuk melayan kerenah Marsya. "Kau nak aku hantar kau? Jom lah, aku teman kau pergi beli buku sekali." tawar Rayyan kepada Batrisya. "Takpayah ah, aku dah janji dengan kawan aku nak pergi beli sama sama, aku balik dengan teksi je. Aku balik dulu eh? Bye" kata Batrisya sambil berlalu keluar dari rumah itu. Batrisya terus masuk ke dalam kereta Pak Man kerana takut Rayyan ternampak dia memasuki kereta mewah itu. "Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh penatnya!!!" jerit Batrisya setelah memasuki rumah. "Oi, diamlah, akak tengah tengok tv ni" marah Balqis. "Akak! Akak bukan nak kisah Sya tengah penat ni!! Eiii!!! Malas kawan akak!" rajuk batrisya. "Alaa, meh sini, takmau lah merajuk, camne tadi? Okay? Korang manja manja tak tadi?" pujuk Balqis. "Nak manja apanya, Marsya gedik tu ada, mengada ngada, siap panggil abang abang lah menda, bukan nak tolong, tampar nanti baru tahu" kata Batrisya seolah olah Marsya telah membuat kesilapan besar kepadanya. "Eh, ke sya yang jeles ni? Dah dah lah tu. Pergi siap siap, kita keluar pergi makan, pastu kita pergi beli buku eh? Makan harini, akak belanja" kata Balqis menyejukkan hati Batrisya. "Yayyyyyyyyy sayang akak!!!! Sya mandi dulu ye!"






Tett tettt tettt, telefon Batrisya berbunyi. "Aduh, siapa pulak yang bagi mesej malam malam ni, kacau ah. Silat kang baru tahu." Batrisya menekan butang "open" dan membaca isi mesej tersebut, "Hi sayang, semoga mimpi yang indah, jangan lupa baca doa sebelum tidur! i love you, assalamualaikum' "Eiii apa ni, tetibe je, salah nombor ke apa, jual nombor kat stesen bus nanti, baru tahu" *delete* Batrisya mendelete mesej tersebut dan sambung membaca novel yang dipinjam di perpustakaan tempoh hari. Keesokan harinya, Batrisya mendapat satu lagi mesej yang baru, dan jugak dari penghantar yang sama. "Goodmorning sayang, cepat bangun ya! Solat subuh, nanti terlepas. I love you, take care nanti pergi universiti" "EIIIIIIIIII SIAPA NI!!!!!!" jerit Batrisya. "Oi, mengigau ke apa? Gila." marah Balqis kepada Batrisya. "Ni! Akak tengok ni! Dari semalam tau dia hantar mcm ni, geli lah, entah entah hodoh ke apa" kata Batrisya. "Oi, tak baik cakap macam tu! Mungkin dia secret admire ke, haaa, mana tahu!!!" Balqis meneka. "Pandailah akak, eiii, entah entah kan akak, dia stalker kot, ye ah, camne dia tahu Sya nak pergi Universiti kejap lagi? Haaaa. Eii akak, mcm mana ni kak!!" kata batrisya sambil membaca kembali mesej tersebut. "Ish sya ni, dah lah tu! Pergi solat cepat! Nak habis waktu dah ni" bebel Balqis. "Eiiii, ye ah ye ah..." 

_______________________________________

4.


Akak.. Akak rasa siapa yang hantar mesej tu eh? Sya takut nanti dia kacau Sya. Kalau dia culik Sya camne? Kak... Sya nak balik kampung lah camni!!" rungut Batrisya dia dalam kereta. "Ya Allah, cuba kalau sehari tak menjerit boleh tak Sya? Yang Sya risau sangat kenapa? Dah pasti ke dia tu jahat? Haa baliklah kampung, nanti ibu tanya, Sya jawab sendiri" marah Balqis. "enenene bla bla bla" Batrisya mengajuk balik kata kakaknya itu. Sebaik sahaja sampai di universiti, mereka berdua mengikut haluan masing masing, takut takut terjumpa dengan Rayyan. "weh pendek, rindu aku tak?" kata Rayyan sambil mengenyit matanya kepada Batrisya. "Eiyer, boleh tak kalau sehari kau jangan kacau aku? Rimas tau tak. Eh kau sembang dengan aku ni, Marsya tak marah ke. Tak pasal pasal dia tarik tudung aku nanti" kata Batrisya menyampah."Ehh, kau jeles ke?" "ada aku cakap ke?" "habis?" "habis apa?" "eleh" "dah lah aku nak pergi class, bye" kata batrisya. Rayyan hanya melihat gelagat Batrisya yang lain macam itu. "apesal minah ni....." katanya di dalam hati.

"Akak, adik tak larat lah kak... Pening dari tadi. Makan Panadol pun tak berkesan. Adik balik dulu eh?" kata Batrisya kepada Balqis. "Sya ok tak? Kalau tak ok, akak temankan Sya balik" kata Balqis. "Eh takpe, Sya balik dengan Pak Man. Nanti petang kan ada class, akak tolong bgtau Prof eh?" "Hm yelah, elok elok sikit, balik terus tau! Nanti kalau sakit sangat ke apa ke, call akak terus tau?" "Iye kak... Janganlah risau sangat" Batrisya berlalu dari situ. "Sya! Sya!! Tunggu jap!!" seseorang memanggil dari belakang. Batrisya menoleh. "Ugh pahal mamat ni..." rungut Batrisya di dalam hati. "Sya, jom lunch sekali? Aku belanja eh harini?" kata Rayyan. "Aku malas lah. Kau pergilah dengan Marsya." Batrisya menjawab. "Ala jomlah weh, kejap je." pujuk Rayyan. "Aku kata taknak, taknak lah!" jerit Batrisya. Batrisya berlalu meninggalkan Rayyan. "PMS ke budak ni..." kata Rayyan hairan.

Pon pon!! "adoi, Pak Man ni, takkan tak bawak kunci pagar ke... Penat lah." Pon pon! Pon pon! "jap lah pak Mat ni pun, ish" rungut Batrisya. Sebaik sahaja membuka pintu, muka Rayyan terpampang di depan pintu pagar. "Hi sya" kata Rayyan selamba. Batrisya yg masih memakai baju tidur, tidak memakai tudung, terus menutup pintu dan lari ke dalam bilik utk memakai tudung. Tok tok tok! "JAP AH ISH" jerit Batrisya. "Haaa, apa kau nak, mcm mana kau tau rumah aku kat sini? Apa kau buat kat sini? Apa kau nak?" "Shhh diam jap boleh tak pompuan? Aku dtg sini nak ajak kau keluar makan lah, takkan tu pun takleh kot? heheheh" "taknak lah, kan aku ckp, aku taknak" "alaa please" "taknak" "please" "taknak, dah lah bye" kata Batrisya terus menutup pintu rumah. "BATRISYA, AKU TUNGGU KAU KAT LUAR TAU, CEPAT SIKIT" jerit Rayyan dari luar rumah. "AKU TAKNAK LAH" jawab Batrisya marah. "OKEY, AKU TUNGGU!!" kata Rayyan. "omg pahal mamat ni, aku tak larat ah, ya Allah mcm mana ni, kalau kakak balik habis kantoi" dengan tidak membuang masa, Batrisya terus menelefon kakaknya. "Haa kak, akak jgn balik lagi tau, Rayyan ada kat rumah" 'Hah!?!? Kau bawak dia dtg rumah apahal?' "Tak lah kak, dia yg datang" 'macam mana dia boleh tahu?' "Mana lah Sya tahu!" 'ish kau ni kan.. haaa ye lah, papehal kau call akak tau'

Setelah 3 jam menunggu, akhirnya Batrisya keluar dari rumah siap berpakaian untuk keluar. "Kau ni gila lah Rayyan.." kata Batrisya sebaik sahaja keluar dari rumah. 'ya Allah, kau siap ke buat apa, terlepas zuhur aku tau' bebel Rayyan. "Kau diam lah, aku keluar ni pun sbb tak nak nanti jiran buat gossip tentang kita, kang mak aku tahu, naya kita dua" kata Batrisya. "Eleh, padahal mmg nk keluar dgn aku" usik Rayyan. "Ok fine, bye" kata Batrisya. "Eh eh, jgn ah, aku memain je" pujuk Rayyan memegang tgn Batrisya. 'Oi, apa pegang pegang ni. Astaghfirullhhalazim. Aku bukan Marsya ok' kata Batrisya marah. "eh, sorry, heheh"

'Kau nak bawak aku pergi mana Rayyan?' 
"Ada lah"
'Cakap je lah'
"Makan lah"
'Yelah, kat mana? Lama sgt dah ni'
"Sabar je lah"
'Aku dah habis sabar dah ni. Lapar semua ada. Aku tak larat lah'
"Kenapa? Kau sakit ke?"
'Tak, aku lapar'
"Ek eleh, sabar lah. Kejap je. Nak sampai dah ni"
'Ke.. KAU NAK ROGOL AKU EH RAYYAN!?!??!?!'
"Mende doh, takkan aku nak rogol kau. Badan macam kayu api, kalau gebu boleh lah jugak"
'KURANG AJAR PUNYA MAMAT KAU DAH CUKUP BAGUS KE HAH'
"Eleh, gurau sikit dah marah"
'Diam ah.'

Selepas 10 minit bertengkar, akhirnya Rayyan dan Batrisya sampai. "UYOO CANTIK GILE DOH RESTORAN NI" kata Batrisya terpegun. "See the face ah" kata Rayyan. "Apa kena mengena restoran ni dengan muka kau? Gila. Omg jom ah, aku lapar dah ni" kata Batrisya teruja. 

6 comments: